Jumaat, 4 Februari 2011

MASJID KAMPUNG GUNUNG SALI

DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABD AZIZ HARJIN

DISEDIAKAN OLEH :
HAZWANI BT HAMAD ROSLI
2010458128
ASD2En




KANDUNGAN BLOG
  • Penghargaan
  • Abstrak
  • Pendahuluan
  • Konsep
  • Huraian
  • Aktiviti masjid
  • Carta organisasi
  • Penutup 
  • Rujukan

PENGHARGAAN

Saya Hazwani Hamad Rosli berasa amat bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana memberi petunjuk dan limpah rahmatnya sepanjang persediaan projek kertas kerja saya ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pesyarah CTU 151,Ustaz Abd Aziz Harjin yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya.disamping itu juga sya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan sayayang banyak membantu saya dan memberi pendapat sepanjang saya menyiapkan kertas kerja ini.

Kedua,saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada tok imam kampung saya,Kampung Gunung Sali
banyak memberi maklumat tentang masjid di kampung saya.

Akhir sekali,sya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu ayah saya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya dalam menyiapkan kertas kerja ini.


ABSTRAK


Pendidikan bermaksud pengajian,dan proses penbelajaran,manakala kegiatan pula membawa maksud aktiviti atau program.Agama pula bererti pegangan,amalan dan cara hidup seorang manusia di dunia.Pendidijan dan kegiatan agama islamdi kariah saya pula didefinasikan kepada proses pembelajaran dan kegiatan agama islam yang dijalankan di kariah saya.Kebanyakan aktiviti berkaitan agama islam di jalankan di masjid.Masjid ialah sebuah institusi yang menjalankan kegiatan berasaskan islam dan juga duniawi.Di masjid,pelbagai aktiviti berkaitan agama dan kemasyarakatan telah dijalankan.Antara aktiviti yang diadakan ialah solat berjemaah pada setiap waktu,majlis tadarus Al-Quran,tazkirah,ceramah agama,kelas-kelas agama seperti kelas kafa,tulisan jawi ,fekah,munakahat,berzanji,membaca yasin,gotong royang dan sebagainya.Impak yang dapat dilihat daripada aktiviti ini ialah kanak-kanak dan anak muda di kanpung saya dapat membaca al –quran,menguasai ilmu-ilmu agama islam,memahami tentang hokum hakam dalam islam dan menulis tulisan jawi dengan baik.Selain itu,pegangan agama dan juga akhlak di kalangan kanak-kanak,anak muda dan juga orang kampung sentiasa terjaga.Amalam persaudaraan dan silaturahim di kalangan penduduk setempat sentiasa erat dan terjaga.Ini dapat dilihat apabila orang kampung akan bergotong royong apabila mengadakan program berkaitan kemasyarakatan di masjid.Kesimpulannya, pendidikan dan kegiatan  agama islam di kariah saya telah memberi impak yang positif kepada seluruh penduduk di kariah saya tidak kira golongan tua atau muda.


PENDAHULUAN

Pertama   sekali   saya  ingin mengucapkan syukur  ke  hadrat  ilahi kerana  dengan  izin-Nya  saya  dapat  membuat  kerja  kursus  tentang  pendidikan  dan  kegiatan  agama   islam  di   kariah  saya.Dengan   membuat  kerja  kursus  ini,  saya    mendapat   lebih banyak  ilmu  pengetahuan   tentang  agama   islam.Selain itu,saya juga  dapat  mengetahui   tentang   pendidikan   dan    kegiatan   agama   islam  yang diadakan    di   kariah   saya.

Saya    telah   menemubual   ayah  saya   iaitu   Hamad Rosli Bin Bakar   untuk   mengetahui   secara   lebih   lanjut      tentang   sejarah   masjid  ,pendidikan  dan kegiatan  agama  islam   yang tekah  dijalankan      di   kariah   saya  iaitu   Masjid  Kampung Kampung Gunung Sali.

Selain  itu,saya juga telah  merakamkam  beberapa  keping  foto  masjid  di  kariah  saya  sebagai     rujukan  dan juga  lampiran.

Seterusnya.saya  juga  telah  pergi  menemuramah  iman  di  masjid  dalam  kariah  saya  untuk   . mendapatkan maklumat  lanjut  berkaitan  organisasi   masjid  dan  juga   aktiviti  berkaitan  agama   islam  serta  aktiviti     kemasyarakatan  yang  telah  diadakan di  masjid  kampung saya.

Saya akan  menceritakan  secara   lebih  mendalam    tentang   sejarah    penubuhan     masjid  ,proses   pendidikan   yang  dijalankan    dan juga    kegiatan   berkaitan agama   islam     serta   aktiviti    kemasyarakatan    yang telah   dijalankan    di   kariah    saya.


KONSEP MASJID DAN AKTIVITI MASJID DI KARIAH SAYA

Masjid   ialah   salah  sebuah  institusi  yang   dijalankan   aktiviti   berunsur  keagamaan   dan  juga    kerohanian    bagi    masyarakat  yang   beragama   islam.Masjid   ialah   institusi   bagi    masyarakat   islam   menjalankan  ibadat   kepada  Allah    dan   pencipta-Nya.Di  masjid ,pelbagai   aktiviti  diadakan   seperti   tadarus   al-quran,berzanji  ,berzikir ,  dan   sebagainya .

Di  masjid   ,masyarakat   islam     akan   mengerjakan   ibadat   sembahyang   dan     sebagainya  .
Masjid   ialah   institusi    yang    amat    penting    dan     bermanfaat    bagi    umat    islam    kerana      menjadi   lambang    keagungan       kepada     umat      islam.


HURAIAN

Masjid Kampung Gunung Sali,Jalan Perak,Alor Star,Kedah. Masjid yang bercat  kuning  keemasan ini telah dibina hampir 100 tahun. Begitupun masjid yang ada sekarang ini telah di bina semula  tahun 1992 yang lalu. 100 tahun yang lalu saiz masjid ini lebih kecil jika di bandingkan dengan yang ada sekarang dan hanya berdindingkan kayu. Selepas perang masjid ini telah dibina semula dan diperbesarkan. Tuan tanah masjid ini telah mewakafkan bahagian belakang tanah masjid sebagai tanah perkuburan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.










Setiap masjid pasti menyediakan kemudahan asas untuk kegunaan jemaah yang menggunakannya. Begitu juga dengan masjid saya. Antara kemudahan asas yang disediakan dan penting ialah tandas. Masjid ini mempunyai 4 tandas untuk kegunaan jemaah muslimin dan 4 tandas untuk kegunaan jemaah muslimah. Selain itu terdapat juga 2 buah bilik mandi dimana sebuah untuk lelaki dan sebuah lagi untuk wanita. Setiap bilik mandi menyediakan pancuran bersama sebiji baldi dan gayung untuk mereka yang tidak berasa selesa menggunakan air pancuran. Pili air di tempat mengambil wudu’ lelaki ada lebih kurang 10 buah. Manakala di luar disediakan sebanyak 5 buah pili. Sebanyak 10 buah pili disediakan untuk jemaah wanita. Selain itu terompah dan selipar tandas juga disediakan untuk kemudahan jemaah. 3 pasang untuk lelaki dan 3 pasang untuk wanita. Cermin muka turut disediakan iaitu sebanyak 4 buah dimana 2 untuk lelaki dan 2 untuk wanita. Masalah yang dihadapi ialah selipar tandas yang disediakan seringkali di curi. Cermin muka yang disediakan pecah namun telah diganti baru. Segala masalah yang wujud dapat di atasi dengan baik




Ruang solat yang disediakan cukup selesa untuk kegunaan jemaah. Permaidani memenuhi dalam masjid. Sejadah yang ada juga cukup banyak. Pengadang bahagian wanita menggunakan tirai. Kemudahan yang disediakan di bahagian wanita juga baik. Sebanyak 12 helai telekung wakaf disediakan untuk kemudahan jemaah muslimah. Telekung ini juga selalu dibasuh agar sentiasa bersih. Setiap minggu penduduk kampung wanita akan bergilir-gilir membasuh telekung di masjid agar kebersihannya terjamin. Turut disediakan ialah air mineral yang diletakkan dibahagian belakang bahagian wanita dan untuk jemaah lelaki pula di letakkan berdekatan dengan pintu utama.





Kemudahan lain yang disediakan ialah bahan bacaan. Bahan bacaan seperti surah yassin disimpan di dalam perpustakaan mini. Sebanyak 128 buah yassin disediakan untuk kegunaan jemaah lelaki dan wanita. Biarpun ia adalah sebuah perpustakaan, namun tiada perkhidmatan pinjaman buku disediakan kerana kekurangan kakitangan. Perpustakaan ini kecil saiznya. Menempatkan 2 buah rak buku dan 2 buah meja. Jenis-jenis buku yang terdapat di dalamnya adalah buku-buku agama, tafsir al-quran, terdapat juga buku-buku sejarah dan majalah ilmiah. Kadang-kala perpustakaan ini turut digunakan sebagai tempat mesyuarat.

Peralatan yang paling penting bagi sebuah masjid adalah P. A System. Pembesar suara yang besar ada 4 buah. 2 di letakkan di hadapan dan selebihnya diletakkan di belakang. Mikrofon pula disediakan sebanyak 3 buah. Sound tidak terkira. Semua peralatan ini disimpan di dalam bilik yang berkunci. Setakat ini tiada lagi kejadian kecurian yang dilaporkan. Mikrofon kadang-kala rosak.  Biasanya mikrofon akan diperiksa sebelum solat jumaat.

Persekitaran masjid pula disusun dengan pasu bunga.Di kuburan pula terdapat rumpunan buluh dan pokok bunga melor. Aroma bunga ini seringkali membangkitkan keseraman dan mampu menegakkan bulu roma. Tempat letak kenderaan yang banyak. Begitupun ketika waktu solat jumaat tempat letak kenderaan tidak mencukupi memaksa jemaah meletakkan kenderaan mereka di kawasan rumah berhampiran.




















Perkakasan untuk kematian dan kenduri seperti keranda, dan perkakas mayat juga turutr disediakan.
Samping itu.,papan rujukan juga disediakan bagi memudahkan jemaah untuk mengetahui perkembangan masa kini.
Masjid ini menjadi tumpuan kerana kampong berdekatan tidak mempunyai masjid sebaliknya hanya memiliki surau. Sekurang-kurangnya 2 buah kampong dan sebuah taman sekitar menggunakan Masjid Kampung Gunung Sali. Majoriti penduduk kawasan ini berketurunanmelayu. Pusat KAFA terletak bersebelahan dengan masjid ini. Kampung saya masih mempunyai nilai kekampungan yang belum lagi lupus dalam dunia yang mementingkan diri ini. Saya amat bersyukur tinggal di kawasan kejiranan ini.

Setiap masjid pasti ada aktiviti yang dilaksanakan. Tidak kurang juga masjid ini, setiap hari pasti ada aktivitinya. Pengajian. Setiap isnin hingga jumaat selepas subuh diadakan. Pada setiap isnin malam selasa pula diadakan kelas agama ataupun ‘usrah’ yang dibimbing oleh imam. Kadangkala pendakwah bebas turut dijemput untuk menambahkan pengetahuan. Setiap malam sabtu pula diadakan kelas sunah dan hadis selepas subuh. Kelas ini mendapat sambutan dari golongan emas penduduk kampung. Kelas tajwid pula diadakan pada malam ahad. Namun begitu setiap kali program membudayakan al-Quran imam akan memberikan sedikit sebanyak info mengenai tajwid.

Duit khairat dikutip setiap jumaat. Kebiasaannya lebih kurang RM 1000 dapat dipungut dalam sekali kutipan. Selain itu, gotong-royong pula biasanya diadakan 3 kali setahun. Sambutan penduduk kampong amat menggalakkan. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak masjid. Namun begitu kebiasaannya ada penduduk yang bermurah hati menaja makanan dan minuman untuk penduduk. Program seperti ini biasanya mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung. Program seperti ini dapat mengeratkan sillaturrahim atau ikatan persaudaraan antara penduduk. Ini adalah salah satu faktor mengapa ukhwah antara penduduk kampung rapat. Kami akan saling bantu-mambantu jika ada antara kami yang sakit atau dalam kesusahan. Inilah antara sebab mangapa ramai orang ingin tinggal di kampung.

Di kampung saya semua hari kebesaran disambut. Contohnya seperti Awal Muharam, Hari Asyura’, Maulud Nabi, Nuzul al-Quran, Nisfu Sy’aban, Isra’ Mikraj dan semua hari kebesaran. Pada Hari Asyura’ kami akan bergotong-royang membuat bubur. Hari seperti Maulud Nabi dan Isra’ Mikraj kebiasaannya akan di jemput penceramah jemputan. Ketika Aidiladha beberapa tahun lalu sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan. Ketika Aidilfitri hari raya ke 2 ada marhaban. Penduduk akan bergerak dari rumah ke rumah dan bermarhaban. Setiap rumah lebih kurang 5 minit. Masalah yang dihadapi adalah dari pihak penceramah.



CARTA ORGANISASI

1.    PENGERUSI
       Tuan  Haji  Zainol Bin Zakaria


2.    IMAM
       
       Tuan Haji Zainol Bin Zakaria


       PEMBANTU IMAM


       Tuan Haji Rosli Bin Ahmad


3.    BILAL


       Tuan Haji Rosli  Bin Ahmad


       PEMBANTU BILAL


       Tuan Haki Abu Bakar Bin Hamid


4.    SIAK


       Tuan Haji Jamal Bin Kadir


       PEMBANTU SIAK


       Tuan Mahmud Bin Haji Syukri


5.    SETIUSAHA


       Tuan Haji Abd Kadir Bin Abd Ali


6.     BENNDAHARI


        Tuan Mat Isa Bin Jaafar



KESIMPULAN
Kelebihan masjid ini adalah kerana lokasi yang strategik. Terletak di tepi jalan. Tumpuan para musafir untuk berhenti. Berdekatan dengan KAFA. Kawasan masjid yang mempunyai kubur. Masjid terdekat lebih kurang 1 kilometer iaitu Masjid Ai Rahman tidak mempunyai kubur. Sekali lagi masjid ini menjadi tumpuan.

Masjid ini mempunyai sejarah tersendiri. Usia masjid yang lebih dari umur kemerdekaan Malaysia menceritakan masjid ini bersejarah. Masjid ini pernah dijadikan sekolah dan pernah menjadi tempat berlindung ketika zaman perang. Begitupun, kampung berdekatan dalam pembinaan masjid baru untuk menampung pertambahan penduduk dikawasan Kampung Gunung Sali.


Hasil ciptaan dan idea oleh :

Hazwani Binti Hamad Rosli
2010458128
ASD2En

Untuk tatapan Ustaz Abdul Aziz

SUMBER RUJUKAN :

IMAM MASJID KAMPUNG GUNUNG SALI

AYAH SAYA,HAMAD ROSLI BIN BAKAR

ADIK SAYA,HAZWAN BIN HAMAD ROSLI

http://abdazizharjin.blogspot.com













Tiada ulasan:

Catat Ulasan